Menteri Pertanian Indonesia letak jawatan di tengah siasatan kes rasuah
Anggaran Waktu Membaca:

Menteri Pertanian Indonesia Syahrul Yasin Limpo (Gambar fail: CNA/Nivell Rayda)
JAKARTA: Menteri Pertanian Indonesia, Syahrul Yasin Limpo telah menyerahkan peletakan jawatannya kepada Presiden Joko Widodo, pada Khamis (5 Okt) susuli siasatan oleh agensi antirasuah negara itu.
Agensi dikenali sebagai KPK itu menemui wang tunai berbilion Rupiah dan 12 senjata api semasa melakukan serbuan di kediaman rasmi Encik Syahrul dan kementeriannya pada lewat bulan lalu.
KPK belum memberikan perincian kes itu atau menganggap Encik Syahrul sebagai orang yang disyaki.
"Sebab mengapa saya meletak jawatan adalah kerana proses undang-undang yang sedang saya lalui dan perlu ditangani dengan serius," katanya sambil menggesa orang ramai menganggapnya tidak bersalah.
Siasatan KPK tertumpu kepada tiga perkara iaitu melakukan peras ugut, menerima rasuah dan pengubahan wang haram.
Encik Syahrul menyerahkan surat peletakan jawatannya sehari setelah pulang ke Indonesia. Beliau sebelum ini tidak dapat dihubungi menyusuli satu lawatan kerja yang dilakukan ke Eropah.
Beliau sepatutnya dijadual pulang ke tanah air pada 1 Oktober, tetapi hanya diketahui keberadaannya pada 4 Oktober.
Jika dinamakan sebagai suspek, Encik Syahrul menjadi menteri keenam dalam kabinet Presiden Joko Widodo yang didakwa atas tuduhan rasuah.
Pada Mei lalu, penyiasat dengan pejabat peguam negara menahan menteri perhubungan ketika itu Johnny G. Plate atas tuduhan rasuah kerana penglibatannya dalam projek menara komunikasi.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : AGENCIES/MU/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.