Menteri pertahanan Thai bakal sertai rundingan gencatan senjata dengan Kemboja: PM Anutin
Menteri pertahanan Thailand akan menyertai rundingan yang sedang berlangsung dengan Kemboja pada Sabtu (27 Dis), yang berpotensi membawa kepada satu gencatan senjata, kata perdana menteri Thailand pada Jumaat, sedang pertempuran di sempadan antara dua negara Asia Tenggara itu memasuki minggu ketiga.
Anggaran Waktu Membaca:
BANGKOK: Menteri pertahanan Thailand akan menyertai rundingan yang sedang berlangsung dengan Kemboja pada Sabtu (27 Dis), yang berpotensi membawa kepada satu gencatan senjata, kata perdana menteri Thailand pada Jumaat, sedang pertempuran di sempadan antara dua negara Asia Tenggara itu memasuki minggu ketiga.
Jika menteri pertahanan itu berjaya mencapai persetujuan dengan rakan sejawatannya dari Kemboja, kedua-dua negara akan memeterai satu perjanjian yang selaras dengan perjanjian terdahulu yang diusahakan dengan bantuan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump susulan pertempuran pada Julai, kata beliau.
“Apa yang penting ialah kedua-dua pihak mesti mengotakan janji bahawa masing-masing tidak akan mengancam, menyinggung atau mencetuskan provokasi, serta meleraikan permusuhan antara kedua-dua negara,” kata Encik Anutin Charnvirakul kepada para wartawan di Bangkok, sambil merujuk kepada perjanjian berpotensi itu.
Seorang jurucakap kementerian pertahanan Kemboja tidak memberi maklum balas segera terhadap permintaan bagi komennya.
Sejak Rabu, para pegawai Thailand dan Kemboja mengadakan rundingan di sebuah kawasan lintasan sempadan, sedang pertempuran antara kedua-dua negara berterusan. Gencatan senjata itu tergugat pada awal Disember, dengan sekurang-kurangnya 98 orang terkorban di kedua-dua negara dan lebih setengah juta orang kehilangan tempat tinggal.
Sejak konflik itu tercetus semula, baik Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim - pengerusi blok Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) yang memudah cara gencatan senjata terdahulu - mahupun Encik Trump belum berjaya menghentikan pertempuran tersebut.
Kedua-dua pihak yang bertelagah juga turut didesak oleh Beijing agar menamatkan pertempuran, dengan utusan khas China bagi hal ehwal Asia, Deng Xijun, mengadakan rundingan di Bangkok dan Phnom Penh dalam beberapa hari kebelakangan ini.
“Saya berharap kali ini akan menjadi kali terakhir perjanjian sebegini ditandatangani, supaya akan wujud keamanan di kawasan tersebut dan orang ramai dapat pulang ke rumah masing-masing,” kata Encik Anutin.
Thailand dan Kemboja menuduh satu sama lain atas tindakan yang membawa kepada kegagalan gencatan senjata yang dicapai pada Julai, yang kemudian diperluaskan menjadi satu perjanjian lebih menyeluruh pada Oktober bagi membantu menyelesaikan konflik tersebut.
Kedua-dua negara jiran itu sudah sekian lama mempertikaikan beberapa bahagian sempadan darat sepanjang 817 kilometer yang dikongsi, dan pertempuran terbaharu sudah merebak dari kawasan hutan pedalaman berhampiran Laos hingga ke wilayah-wilayah pesisir pantai.

Sumber : Reuters/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.