Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Menteri Pertahanan Israel lawat Amerika untuk bincang perkembangan Gaza & Lubnan

Anggaran Waktu Membaca:
Menteri Pertahanan Israel lawat Amerika untuk bincang perkembangan Gaza & Lubnan

Menteri Pertahanan Israel Yoav Gallant (Gambar: AFP/Jacquelyn Martin)

Diterbitkan : 23 Jun 2024 07:34PM Dikemas Kini : 23 Jun 2024 07:42PM
BAITULMAKDIS: Menteri Pertahanan Israel Yoav Gallant melakukan lawatan ke Washington pada Ahad (23 Jun) untuk mengadakan perbincangan mengenai fasa seterusnya berhubung peperangan di Gaza dan ketegangan yang kian memuncak di sempadan dengan Lubnan, di mana tindakan berbalas tembakan dengan Hezbollah menimbulkan kebimbangan tercetusnya perang yang lebih luas.

Encik Gallant berkata, hubungan antara Israel dengan Amerika Syarikat penting sekali, semasa berlepas ke negara itu untuk satu lawatan rasmi bagi membincangkan perkembangan perang di Gaza.

Encik Gallant dijangka mengadakan pertemuan dengan para pegawai kanan di Washington, dalam usaha untuk meyakinkan Pentadbiran Biden supaya menarik balik langkah membekukan pengiriman senjata untuk tujuan perang.

"Kami sudah bersiap sedia untuk mengambil sebarang tindakan yang mungkin diperlukan di Gaza, Lubnan, dan di lebih banyak kawasan," kata Encik Gallant dalam satu kenyataan sebelum berlepas ke Washington, di mana beliau dipercayai akan bertemu dengan rakan sejawatannya Lloyd Austin dan Setiausaha Negara Amerika Antony Blinken.

Minggu lalu, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu menuduh Amerika menyekat penghantaran senjata yang diperlukan negaranya bagi perang di Gaza.

Presiden Joe Biden menangguhkan kiriman bom-bom tertentu ke Israel sejak Mei lalu atas keprihatinan tentang pembunuhan orang awam di Gaza.
Sumber : Reuters/AI/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan