Menteri Pertahanan Israel jangka serangan besar-besaran oleh Iran
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP/Andrew Harnik)
WASHINGTON: Menteri Pertahanan Israel Yoav Gallant memberitahu Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat Lloyd Austin pada Ahad (11 Ogos) bahawa Iran sedang bersiap sedia melancarkan serangan besar-besaran ke atas Israel.
Demikian menurut wartawan Axios, Barak Ravid, dalam catatannya di X, menukil sumber yang mempunyai maklumat tentang rancangan itu.
Dalam satu kenyataan pada Isnin (12 Ogos), Kementerian Pertahanan Israel mengesahkan bahawa panggilan telefon antara Encik Gallant dan Encik Austin berlaku semalaman.
Ia menyatakan bahawa Encik Gallant dan Encik Austin membincangkan penyelarasan operasi dan strategik serta kesediaan tentera Israel dalam menghadapi ancaman Iran.
Encik Austin juga mengarahkan sebuah kapal selam peluru berpandu dikerah ke Timur Tengah. Tentera Amerika Syarikat menyatakan ia akan mengerahkan jet pejuang dan kapal perang Tentera Laut ke rantau tersebut, untuk mengukuhkan pertahanan Israel.

Pada Jumaat (9 Ogos), sebuah agensi berita tempatan memetik seorang timbalan komander Kor Pengawal Revolusi Islam Iran yang mengatakan bahawa negara itu sedia menjalankan arahan oleh Pemimpin Agung Iran Ayatollah Ali Khamenei, untuk "menghukum" Israel atas pembunuhan ketua Hamas, Ismail Haniyeh, pada 31 Julai di Tehran.
Sumber : Reuters/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.