Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Menteri Perdagangan M'sia buat lawatan mengejut ke pasar, kedai runcit untuk tinjau kekurangan bekalan telur

Anggaran Waktu Membaca:
PUTRAJAYA: Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Malaysia, Salahuddin Ayub, akan mengadakan mesyuarat dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia pada Sabtu (10 Dis) berhubung isu kekurangan bekalan telur bersubsidi dalam pasaran.

Katanya, beliau turut mengarahkan Bahagian Penguat Kuasa kementeriannya untuk menyelesaikan masalah membabitkan minyak masak selepas hasil lawatan mengejutnya ke Presint 8 di Putrajaya pada pagi Khamis (8 Dis) mendapati berlaku kekurangan telur bersubsidi gred A, B dan C,serta minyak masak bersubsidi polibeg satu kilogram (1kg), lapor BH Online.

Encik Salahuddin berkata, beliau sengaja tidak memaklumkan lawatannya itu kepada pengurusan dan Bahagian Penguat Kuasa kementeriannya kerana tidak mahu ia menjadi seperti acara keraian, sebaliknya menteri berkenaan hanya ditemani pemandu serta pegawai pengiring.

"Tadi pagi, dalam perjalanan ke pejabat di Putrajaya, saya tergerak hati nak singgah di kedai runcit dan pasar awam di Putrajaya.

"Saya hanya ditemani pemandu dan pegawai pengiring saya yang bertindak sebagai jurukamera serta juruvideo yang sangat amatur. Saya mohon maaf jika kualiti video dan suntingannya tidak memuaskan.

"Dapatan saya jelas menunjukkan terdapat kekurangan bekalan telur bersubsidi gred A, B dan C serta minyak masak bersubsidi polibeg 1kg dalam pasaran runcit.

"Saya akan bertindak," katanya dalam satu hantaran yang dikongsikan kepada media, petang Khamis.
Menerusi rakaman video yang dikongsikan, Encik Salahuddin dilihat membuat tinjauan di kedai runcit serta mendapati ia kehabisan bekalan minyak masak polibeg 1kg, manakala di Pasar Awam Putrajaya pula beliau turut bertemu peniaga telur dan ayam untuk mendengar keluhan masalah mereka, lapor BH Online.

Kelmarin, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia, Mohamad Sabu, mengumumkan kementeriannya akan mengimport bekalan telur dari beberapa negara sumber yang sudah dikenal pasti, dengan segera dalam usaha menampung keperluan pasaran tempatan pada harga lebih rendah.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan