Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Menteri Perdagangan Dalam Negeri M'sia alami pendarahan otak, jalani pembedahan di hospital Alor Setar

Anggaran Waktu Membaca:
Menteri Perdagangan Dalam Negeri M'sia alami pendarahan otak, jalani pembedahan di hospital Alor Setar

(Gambar fail: Bernama)

Diterbitkan : 22 Jul 2023 12:14PM Dikemas Kini : 22 Jul 2023 12:15PM
KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Malaysia Salahuddin Ayub disahkan mengalami pendarahan otak oleh doktor pakar, kata Setiausaha Akhbar Menteri Nur Syakirin Husnal.

Menerusi kenyataan pada pagi Sabtu (22 Jul), beliau berkata Encik Salahuddin sedang menjalani pembedahan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.

“Pihak keluarga Datuk Seri Salahuddin Ayub mengucapkan terima kasih atas semua doa, sokongan dan ingatan kepada beliau,” katanya.

Semalam, Encik Salahuddin dikejarkan ke hospital berkenaan untuk mendapatkan rawatan pada pukul 10.15 malam selepas mengalami mual dan muntah-muntah.

Sebarang perkembangan mengenai kesihatan Encik Salahuddin akan dimaklumkan dari semasa ke semasa, menurut kenyataan itu.
Sumber : Bernama/SU/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan