Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup M'sia baharu akan diumum selepas PRN
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar fail: BERNAMA)
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim berkata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup yang baharu akan diumum selepas urusan Pilihan Raya Negeri (PRN) yang sedang berlangsung di enam negeri selesai.
PM Anwar berkata beliau memerlukan masa untuk meletakkan pengganti Allahyarham Salahuddin Ayub yang meninggal dunia pada 23 Julai lepas.

“Belum lagi, lepas PRN… bagi saya masa… saya fikir tidak terlalu lama,” katanya kepada wartawan selepas berucap pada Majlis Perasmian Penutup Hari Pengguna Kebangsaan 2023 di Piazza Pavilion Bukit Jalil pada Ahad (30 Jul).
Buat masa ini, Encik Anwar berkata beliau memberi tanggungjawab kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Armizan Mohd Ali untuk memantau urusan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.
Beliau turut meminta Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh untuk membantu Encik Armizan menjalankan tugas di kementerian itu.
“Sementara ini, Armizan diberi tanggungjawab memantau dan menjalankan tugas. Fuziah pun dah faham betul (urusan KPDN).
“Jadi saya nampak tiada gangguan dan saya minta Armizan tumpu lebih sikit di kementerian ini,” katanya.
Portfolio kementerian itu sebelum ini diamanahkan kepada Encik Salahuddin yang meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah selepas ditidurkan susulan pembedahan akibat pendarahan otak.
Selama hayatnya, Encik Salahuddin, 61 tahun, amat komited dalam memperjuang nasib rakyat terutama berkaitan kos sara hidup.

Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.