Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Menteri Pengangkutan M'sia sangkal dakwaan kononnya harga tiket kelas ekonomi KL-Tawau RM3,138

Anggaran Waktu Membaca:
Menteri Pengangkutan M'sia sangkal dakwaan kononnya harga tiket kelas ekonomi KL-Tawau RM3,138

Menteri Pengangkutan Malaysia Anthony Loke mempamerkan aplikasi MyJPJ kepada para wartawan di sebuah sidang media pada 10 Feb 2023. (Gambar: Facebook/Anthony Loke Siew Fook)

PUTRAJAYA: Dakwaan harga tiket penerbangan mencecah RM3,138 (S$948) bagi kelas ekonomi penerbangan Kuala Lumpur ke Tawau pada 20 April adalah tidak tepat, tegas Menteri Pengangkutan Malaysia Anthony Loke.

Menerusi kenyataan media, Encik Loke berkata beliau menghubungi Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines Bhd (MAB) Kapten Izham Ismail pada Ahad (16 Apr) dan dimaklumkan mengenai percanggahan fakta terbabit.

“Izham telah mengesahkan semua tiket kelas ekonomi untuk penerbangan Kuala Lumpur-Tawau pada hari tersebut telah habis dijual dan tiket yang tinggal hanya kelas perniagaan.

“Beliau juga mengesahkan harga tiket tersebut bukan untuk kelas ekonomi tetapi untuk kelas perniagaan dan harga tiket tersebut ialah RM2,863.40 (S$865) dan bukan RM3,138 (S$948),” katanya.

Encik Loke berkata demikian bagi menjelaskan dakwaan mantan Menteri Pengangkutan Dr Wee Ka Siong yang dilapor sebagai menyifatkan harga tiket bagi kelas ekonomi penerbangan Kuala Lumpur ke Tawau pada 20 April itu terlalu mahal iaitu RM3,138 (S$948).

Beliau meminta Dr Wee memperbetulkan fakta terbabit dan memahami perbezaan antara tiket penerbangan kelas perniagaan dengan kelas ekonomi.

“Namun begitu, saya mengucapkan terima kasih kepada beliau atas keprihatinan terhadap isu tiket penerbangan yang tinggi dan pandangan mengenai tambahan kapasiti,” katanya.

Encik Loke turut memaklumkan bahawa beliau akan mengadakan sidang media pada Isnin (17 Apr) di Kementerian Pengangkutan di Putrajaya untuk memberikan fakta tambahan mengenai kapasiti penerbangan bagi sambutan Aidilfitri tahun ini.

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan