Menteri Pengangkutan M'sia mahu jumpa SPRM dapatkan penjelasan pendedahan salah laku
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Bernama
PUTRAJAYA: Menteri Pengangkutan Malaysia Anthony Loke akan berjumpa Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki bagi mendapatkan penjelasan mengenai laporanpendedahan salah laku kakitangan sebuah agensi di bawah Kementerian Pengangkutan (MOT).
“Saya tiada maklumat sebab ini laporan media, namun sebab beliau (Azam) ada sebut tentang agensi dan jabatan di bawah MOT, saya akan pohon janji temu dengan KP SPRM untuk bertemu beliau dan dapatkan laporan lanjut,” katanya kepada pemberita mengulas laporan akhbar mengenai isu itu selepas menghadiri Majlis Simpulan Kasih Malaysia MADANI MOT pada Rabu (10 Mei).
Sebuah akhbar pada Rabu melaporkan pendedahan Encik Azam yang menyebut beberapa agensi kerajaan mengabaikan lebih 500 laporan salah laku membabitkan kakitangan mereka, walaupun SPRM sudah mengesyorkan untuk mengambil tindakan, antaranya melibatkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM), jabatan keagamaan dan hospital.
Encik Loke berkata pertemuan dengan Encik Azam merupakan langkah awal sebelum sebarang tindakan diambil bagi berlaku adil terhadap mana-mana pegawai atau kakitangan yang mungkin terlibat, selain tidak menuding jari serta-merta tanpa bukti kukuh.
Langkah lain yang akan dilaksanakan antaranya ialah mendapatkan senarai nama kakitangan dan kes melibatkan mereka, katanya.
"Saya tidak akan berkompromi dengan sebarang salah laku di bawah MOT serta akan bekerjasama penuh sekiranya laporan salah laku berkenaan mempunyai bukti kukuh," katanya yang memandang serius laporan pendedahan Encik Azam itu.

Sumber : Bernama/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.