Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Menteri Pengangkutan M'sia gesa syarikat penerbangan kurangkan tambang jelang musim perayaan

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke menggesa syarikat penerbangan di dalam negara untuk menetapkan atau mengurangkan tambang menjelang musim perayaan supaya dapat memenuhi keperluan dan kebajikan orang ramai.

Beliau berucap semasa acara di ibu pejabat AirAsia pada Rabu (28 Dis), ketika syarikat penerbangan tambang murah itu mengumumkan bahawa ia akan mengendalikan penerbangan tambahan pada tambang tetap untuk menampung permintaan yang meningkat semasa musim perayaan yang akan datang.

Penerbangan pada lewat malam dari Kuala Lumpur dan Johor Bahru ke Sabah dan Sarawak akan beroperasi mulai 17 hingga 30 Januari.

Tambang akan ditetapkan pada harga RM199 (S$60.58) bergantung pada destinasi.

"Kami gembira AirAsia komited untuk menyokong inisiatif pemerintah untuk mengurangkan harga semasa musim perayaan penting meski terdapat kekangan operasi."

"Saya menggalakkan syarikat penerbangan lain mencontohi inisiatif yang sama atau inisiatif lain yang boleh mengurangkan tambang penerbangan terutama pada musim perayaan. Sedang kita menyambut tahun baru, kami berharap untuk terus bekerjasama dengan pemain industri seperti AirAsia untuk memenuhi keperluan dan kebajikan rakyat," kata Encik Loke.

Pada masa yang sama, ahli parlimen Seremban itu menyatakan bahawa pemerintah tidak ada rancangan untuk menetapkan harga buat tiket penerbangan kerana meraka yakin sektor penerbangan akan semakin pulih tahun depan apabila China membuka semula sempadannya.

Menteri itu berkata penetapan had harga untuk penerbangan akan memberi kesan buruk kepada syarikat penerbangan kerana harga itu bersifat dinamik, seperti dinukil daripada Malay Mail.

Encik Loke dilaporkan berkata bahawa had harga mempunyai "kesan negatif" buat penumpang kerana pengendali penerbangan mungkin akan memilih untuk mengurangkan kapasiti.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan