Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Menteri Pengangkutan Greece letak jawatan susuli nahas kereta api

Anggaran Waktu Membaca:
Menteri Pengangkutan Greece letak jawatan susuli nahas kereta api

(Gambar: Sakis MITROLIDIS / AFP)

ATHENS: Menteri Pengangkutan Greece meletak jawatan untuk mengambil tanggungjawab atas nahas kereta api yang meragut nyawa sekurang-kurangnya 38 orang.

Ini selepas Perdana Menteri Greece Kyriakos Mitsotakis berikrar untuk menyiasat nahas itu, yang menyebabkan lebih 80 orang cedera.

Encik Mitsotakis mengadakan lawatan ke tempat kejadian, yang disifatkan oleh media tempatan sebagai nahas kereta api terburuk dalam sejarah negara itu.

Walaupun tiada pengesahan mengenai apa yang menyebabkan pelanggaran itu, Encik Mitso-takis berkata "kesilapan manusia" kemungkinan dipersalahkan.

Polis Greece sudah memberkas pegawai bertanggungjawab di stesen kereta api Larissa, iaitu bandar berhampiran dengan tempat kejadian itu.

Peranannya dalam nahas itu belum lagi jelas tetapi dia bertanggungjawab ke atas lalu lintas kereta api sepanjang landasan tersebut.

Kedua-dua kereta api sedang bergerak ke arah satu sama lain di landasan yang sama, pada kelajuan tinggi.

Pelanggaran itu berlaku sedang kereta api penumpang keluar daripada terowong.

Kesan pelanggaran itu sangat kuat, sehinggakan para penumpang yang terselamat berkata ia terasa seolah-olah berlaku gempa bumi.

Sedang operasi mencari beberapa lagi orang yang masih hilang diteruskan, Greece mengisytiharkan tempoh berkabung selama tiga hari.
Sumber : AGENCIES/HA/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan