Menteri Pendidikan Malaysia tegas tiada kompromi kes rogol bergilir-gilir di sekolah Melaka
Anggaran Waktu Membaca:
Menteri Pendidikan Malaysia Fadhlina Sidek. (Gambar fail: Instagram/@fadhlinasidekofficial)
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Malaysia tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku seksual di semua institusi pendidikan di bawah kelolaan kementerian itu, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
"Tindakan paling tegas perlu diambil terhadap pesalah. Tiada siapa yang akan dilindungi," katanya dalam kenyataan di Facebook.
Cik Fadhlina berkata demikian menyusuli laporan mengenai seorang pelajar perempuan Tingkatan 3 di Melaka yang dirogol bergilir-gilir oleh beberapa pelajar senior di sebuah bilik darjah. Tingkatan 3 di Malaysia bersamaan Menengah 3 di Singapura.
Cik Fadhlina berkata kes salah laku seksual yang berlaku di sebuah sekolah di Melaka baru-baru ini adalah amat dikesali.
Beliau sudah mengarahkan pihak sekolah, pejabat pendidikan daerah dan jabatan pendidikan negeri supaya memberi kerjasama penuh kepada proses siasatan yang sedang berjalan.
Sementara itu, KPM dalam kenyataannya pada Sabtu (11 Okt) memaklumkan kes di Melaka itu sedang diambil tindakan oleh pihak polis dan semua suspek sudah direman untuk siasatan lanjut.
KPM turut mengarahkan semua pentadbir institusi pendidikan untuk mematuhi Garis Panduan Pengurusan Salah Laku Seksual yang sedang dilaksanakan dan memastikan keselamatan murid, guru serta seluruh warga institusi pendidikan.
Ketua Polis Melaka Dzulkhairi Mukhtar pada Sabtu dilaporkan berkata empat pelajar lelaki Tingkatan 5 yang disyaki terlibat melakukan kesalahan seksual terhadap pelajar perempuan Tingkatan 3 itu di sebuah sekolah di Alor Gajah pada 2 Oktober lalu, direman enam hari bagi membantu siasatan.
Beliau berkata kesemua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berusia 17 tahun itu direman hingga 16 Oktober ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan.

Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.