Menteri Pendidikan M'sia nafi digugurkan dari Kabinet
Menteri Pendidikan Maszlee Malik menafikan dakwaan dirinya digugurkan dari Kabinet. Malah, beliau menyifatkan khabar itu sebagai taktik kotor pihak pembangkang.

Mantan menteri Pendidikan Maszlee Malik. (Gambar: Dr Maszlee Malik/Facebook)
PUTRAJAYA: Menteri Pendidikan Maszlee Malik menafikan dakwaan dirinya digugurkan dari Kabinet. Malah, beliau menyifatkan khabar itu sebagai taktik kotor pihak pembangkang.
"Tun (Mahathir) jumpa saya bincang untuk rombak kurikulum bukan rombak Kabinet, jadi takkanlah perkara yang memerlukan komitmen lagi empat tahun dia nak rombak Kabinet," katanya kepada Astro Awani.
Beliau ditemui media tempatan dalam satu acara sempena peperiksaan SPM yang bermula hari ini (13 Nov).
Beliau selanjutnya berkata bahawa khabar angin itu sengaja disebarkan untuk mengalih perhatian orang ramai terhadap beberapa kes yang melibatkan anggota Kabinet sebelum ini, lapor Astro Awani.
“Saya percaya khabar angin ini ditimbulkan atas taktik kotor pihak pembangkang bagi mengalihkan perhatian daripada siasatan ke atas beberapa bekas menteri," katanya.
Justeru beliau menggesa orang ramai agar menilai kesahihan berita yang membabitkan isu berkenaan.
Baru-baru ini sebuah portal melaporkan bahawa Dr Maszlee dan juga Menteri Pembangunan Luar Bandar, Rina Harun, bakal digugurkan dari Kabinet ekoran prestasi yang kurang cemerlang.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.