Menteri Luar Ukraine seru ASEAN jangan terpedaya dengan muslihat Rusia
Anggaran Waktu Membaca:
PHNOM PENH: Menteri Luar Ukraine Dmytro Kuleba meminta ASEAN membantu menahan Rusia daripada mempermain-mainkan perjanjian bijirin Laut Hitam yang akan berakhir pada minggu depan.
Encik Kuleba memberi amaran, syarat yang dipersetujui Mosko tidak mencukupi dan langkah-langkah perlu diambil untuk memastikan tiada kelengahan kiriman yang disengajakan.
"Saya menyeru semua anggota ASEAN agar mengambil semua langkah untuk menahan Rusia daripada menggunakan taktik "Hunger Games" dengan dunia. Koridor kiriman bijirin harus dikecualikan daripada konflik," tegas Encik Kuleba.
Beliau menambah bahawa Rusia tidak seharusnya menggunakan koridor itu sebagai ugutan bagi kelebihan dalam hubungan antarabangsa, biarpun apa yang terjadi di medan perang.
Ukraine sedang menyertai dialog ASEAN dan Sidang Puncak Asia Timur buat julung-julung kalinya.
Menteri Luar Ukraine itu juga mengumumkan usaha membebaskan negaranya akan diteruskan menyusuli kejayaan merampas semula bandar Kherson daripada Rusia.

Sumber : Reuters/AZ/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.