Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Menteri Luar Qatar adakan lawatan ke Moscow; bincang senjata nuklear Iran, pencerobohan Rusia

Anggaran Waktu Membaca:
Menteri Luar Qatar adakan lawatan ke Moscow; bincang senjata nuklear Iran, pencerobohan Rusia

Gambar: AFP

Diterbitkan : 13 Mar 2022 05:10PM Dikemas Kini : 13 Mar 2022 05:11PM

DOHA: Menteri Luar Qatar akan mengadakan lawatan ke Moscow hari ini (13 Mac) untuk berunding mengenai senjata nuklear Iran dan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine, menurut sumber yang dekat dengan lawatan tersebut.

Sumber itu mendedahkan bahawa Mohammed Abdulrahman Al-Thani akan bertemu dengan rakan sejawatan beliau dari Rusia, Sergei Lavrov.

Rundingan sebelas bulan di Vienna itu bertujuan untuk mengimbas kembali perbincangan perjanjian senjata nuklear Iran 2015 yang sedang berdepan dengan masalah, menyusuli permintaan Rusia untuk menghentikan perbincangan berkenaan meskipun rundingan sudah diselesaikan.

Rusia menginginkan jaminan bahawa perdagangan mereka tidak terjejas dengan sekatan yang dikenakan ke atas Moscow dek pencerobohan Ukraine.

Sheikh Mohammed pada Sabtu (12 Mac) mengadakan rundingan mengenai perbincangan berhubung senjata nuklear menerusi panggilan telefon berasingan dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken dan Menteri Luar Iran Hossein Amirabdollahian, menurut kementerian ehwal luar Qatar dalam satu catatan tweet.

Rundingan di Vienna itu akan membawa Iran kembali ke pematuhan kepada sekatan aktiviti nuklear yang semakin maju dan membawa Amerika Syarikat kembali ke dalam perjanjian pada 2018 ketika AS di bawah kepimpinan bekas presiden Donald Trump.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan