Menteri luar Jepun, Korea Selatan bertemu di luar Persidangan Keselamatan Munich

Setiausaha Negara Amerika Syarikat Antony Blinken, Menteri Luar Jepun Yoshimasa Hayashi dan Menteri Luar Korea Selatan Park Jin bertemu di Persidangan Keselamatan Munich di Munich, selatan Jerman pada 18 Februari 2023. (Gambar: Petr David Josek / POOL / AFP)
Bertemu di luar Persidangan Keselamatan Munich, kedua-dua menteri luar itu bersetuju untuk "mempererat hubungan antara kedua-dua negara pada setiap peringkat diplomatik bagi menghuraikan isu-isu yang menjadi kebimbangan".
Demikian menurut Kementerian Luar Jepun dalam satu kenyataan.
Mereka juga mengadakan perbincangan yang "telus" mengenai isu buruh masa perang, iaitu satu isu yang mengeruhkan hubungan di antara kedua-dua negara itu. Ini setelah mahkamah Korea Selatan mengarahkan rampasan aset syarikat-syarikat Jepun yang dituduh tidak membayar pampasan kepada beberapa buruh mereka ketika zaman penjajahan, menurut kementerian tersebut.
Tokyo menyatakan isu pampasan tersebut sudah dihuraikan di bawah sebuah perjanjian 1965, yang menjadikan hubungan diplomatik kedua-dua negara kembali normal dan menyediakan bantuan ekonomi kepada Korea Selatan. Tokyo juga memberi amaran tentang kesan serius sekiranya perintah itu dikuatkuasakan.
Jepun sedang mempertimbangkan untuk melonggarkan sekatan ke atas penghantaran bahan berteknologi tinggi, yang dikenakan ke atas Korea Selatan pada tahun 2019 berhubung pertikaian mengenai buruh paksa semasa perang Jepun oleh pekerja Korea.
Ini sedang negara-negara jiran mengadakan satu siri perundingan yang bertujuan untuk menghuraikan pertikaian berkenaan, lapor akhbar Sankei pada lewat Januari.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.