Menteri Luar Jepun Kamikawa akan bertanding dalam pemilihan Presiden parti memerintah
Anggaran Waktu Membaca:
TOKYO: Menteri Luar Jepun, Yoko Kamikawa pada Ahad (25 Ogos) mengesahkan bahawa beliau menerima lebih 20 sokongan Ahli Parlimen untuk bertanding dalam pemilihan presiden pada 27 Sep bagi memilih pengganti Perdana Menteri Fumio Kishida.
Pada usia 71 tahun, Cik Kamikawa dilihat sebagai pesaing utama untuk menjadi perdana menteri wanita pertama Jepun, selepas dilantik sebagai diplomat tertinggi negara itu pada September 2023, lapor Agensi Berita Kyodo.
Ketua Setiausaha Kabinet, Yoshimasa Hayashi dilaporkan berminat untuk menyertai pemilihan itu.
Sumber yang rapat dengannya mencadangkan bahawa beliau mungkin akan mengumumkan pencalonannya seawal Selasa.
Pemilihan kepimpinan itu diadakan susulan keputusan Encik Kishida untuk tidak bertanding semula sebagai pemimpin Parti Liberal Demokratik (LDP), dengan alasan bertanggungjawab atas skandal dana haram yang timbul akhir tahun lalu hingga merosakkan kepercayaan rakyat terhadap parti itu.
Terdapat spekulasi bahawa pemimpin baharu LDP mungkin akan membubarkan Dewan Perwakilan untuk mengadakan pilihan raya awal sejurus selepas mengambil alih jawatan.
Setakat ini, lebih 10 Ahli Parlimen LDP menyuarakan hasrat untuk bertanding dalam pemilihan itu termasuk mantan Menteri Keselamatan Ekonomi, Takayuki Kobayashi, 49 tahun dan mantan Menteri Pertahanan, Shigeru Ishiba, 67 tahun.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : AGENCIES/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.