Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Menteri Luar Israel lakukan lawatan ke Bahrain; buka rasmi kedutaan

Menteri Luar Israel, Yair Lapid, memulakan lawatan bersejarah ke Bahrain pada Khamis (30 Sep), di mana beliau merasmikan pembukaan kedutaan di negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Menteri Luar Israel lakukan lawatan ke Bahrain; buka rasmi kedutaan

Menteri Luar Negara Yair Lapid tiba di Bahrain untuk melakukan lawatan rasmi. (Gambar: REUTERS)

Diterbitkan : 01 Oct 2021 02:09PM Dikemas Kini : 01 Oct 2021 02:14PM

MANAMA: Menteri Luar Israel, Yair Lapid, memulakan lawatan bersejarah ke Bahrain pada Khamis (30 Sep), di mana beliau merasmikan pembukaan kedutaan di negara itu.

Beliau tiba di lapangan terbang Manama kira-kira sejam sebelum sebuah pesawat Gulf Air A320 berlepas untuk penerbangan komersial yang pertama antara kedua-dua pihak.

Kakitangan penerbangan mengibarkan bendera Bahrain serta Israel dari tingkap kokpit pesawat penumpang itu apabila ia kemudian mendarat di Lapangan Terbang Ben Gurion berdekatan Tel Aviv.

Penerbangan itu dan lawatan dua hala menteri Israel yang julung kali ke negara Teluk tersebut adalah sebahagian daripada pemulihan hubungan selepas Bahrain, Amiriah Arab Bersatu, Maghribi serta Sudan bersetuju menjalin hubungan dengan Israel menerusi Perjanjian Abraham pada tahun lalu.

"Kami secara rasmi sudah membuka kedutaan Israel di Bahrain," kata Lapid melalui Twitter.

Dalam lawatannya, Encik Lapid juga mengadakan pertemuan dengan Raja Hamad Isa Al-Khalifa dalam apa yang disifatkan media Israel, adalah perjumpaan awam yang pertama antara seorang raja negara Teluk dengan pegawai Israel.

Selain itu, beliau juga mengadakan pertemuan dengan Putera Mahkota, Sheikh Salman Hamad Al-Khalifa, dan Menteri Luar, Abdullatif al-Zayani.

"Kami berbincang mengenai kerjasama antara kedua-dua negara dan menjadikan perdamaian rasmi itu persahabatan yang aktif, ekonomi, keselamatan, politik serta awam," tambahnya lagi berhubung pertemuan beliau dengan rakan sejawatannya Abdullatif.

Kedua-dua Menteri itu itu turut menandatangani beberapa memorandum persefahaman (MoU) membabitkan kerjasama dari segi pemuliharaan alam sekitar hinggalah sukan. 

Sumber : AFP/SU/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan