Menteri Luar EU setuju luaskan sekatan ke atas Iran
EU sebelum ini sudah mengenakan beberapa pusingan sekatan ke atas Iran, atas pencabulan hak asasi manusia, isu nuklear dan membekalkan dron kepada Rusia.
LUXEMBOURG: Menteri Luar Kesatuan Eropah (EU) pada dasarnya bersetuju pada Isnin (22 Apr) untuk meluaskan sekatan ke atas Iran, menyusuli tindakan negara itu melancarkan serangan peluru berpandu dan dron ke atas Israel.
Menurut Ketua Dasar Luar kumpulan itu Josep Borrell, EU sebelum ini sudah mengenakan beberapa pusingan sekatan ke atas Iran, atas pencabulan hak asasi manusia, isu nuklear dan membekalkan dron kepada Rusia.
Namun beberapa negara anggota mahu ia merangkumi aspek peluru berpandu dan pemindahan kepada tentera proksi.
"Kami mencapai persetujuan politik untuk meluaskan sekatan merangkumi aspek dron, peluru berpandu dan potensi pemindahan kepada Rusia," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Menteri Luar EU di Luxembourg.
Sekatan itu juga akan diperluaskan untuk meliputi penghantaran dron dan peluru berpandu bukan sahaja ke Rusia tetapi juga kepada seluruh rantau itu, katanya.
Mesyuarat sama turut menyentuh isu bantuan ketenteraan kepada Ukraine.
Encik Borrell melahirkan rasa kecewa terhadap kurangnya ikrar tambahan untuk membantu Kyiv.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.