Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Menteri Luar EU bincang isu rampasan kuasa Niger, sokongan kepada Ukraine

Anggaran Waktu Membaca:
Menteri Luar EU bincang isu rampasan kuasa Niger, sokongan kepada Ukraine

Bendera Kesatuan Eropah (EU) di luar bangunan Suruhanjaya Eropah di Brussels pada 16 Jun 2022. (Gambar fail: Kenzo TRIBOUILLARD/AFP)

Diterbitkan : 31 Aug 2023 05:31PM Dikemas Kini : 31 Aug 2023 05:39PM
TOLEDO: Para menteri luar Kesatuan Eropah (EU) berada di bandar Toledo di Sepanyol pada Khamis (31 Ogos) untuk membincangkan sokongan berterusan kepada Ukraine terhadap pencerobohan Rusia selain rampasan kuasa di Niger, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Sekatan ke atas junta Niger dan pertubuhan yang menyokong mereka akan diteliti selepas menerima desakan daripada Jerman dan Perancis serta cadangan daripada diplomat tertinggi EU Josep Borrell.

Menambah ketidakpastian kepada kestabilan politik di Afrika, sedang EU mengkaji semula pendekatannya kepada wilayah Sahel, Gibon, di selatan wilayah itu pula mengumumkan rampasan kuasa pada Rabu.

Menjelang Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke-78 dan Sidang Puncak G20 di India, para menteri luar EU juga akan membincangkan kempen diplomatik Ukraine untuk menamatkan pencerobohan Rusia, bersama rakan sejawatan mereka dari Ukraine, Dmytro Kuleba.

Ukraine dan sekutunya bimbang kerana India tidak mengundang Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky ke Sidang Puncak Kumpulan 20 (G20) itu.

Pada Sidang Puncak G20 di Bali, Indonesia tahun lalu, Ukraine menjadi agenda utama. Encik Zelensky membuat kemunculan melalui panggilan video dan membentangkan pelan damai 10 perkara buat kali pertama.

Antara lain, Encik Zelensky turut menggesa Rusia supaya mengundurkan tenteranya dari Ukraine, pembebasan semua rakyat Ukraine dan tribunal khas untuk membicarakan pemimpin Rusia terhadap pencerobohan itu.
 
Sumber : Bernama/NK/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan