Menteri Luar China Wang Yi, mulakan lawatan empat hari ke Rusia
Anggaran Waktu Membaca:

Diplomat kanan China yang juga Menteri Luarnya, Wang Yi. (Gambar fail: STR/AFP)
MOSKO: Diplomat kanan China yang juga Menteri Luarnya, Wang Yi, memulakan lawatan empat hari ke Rusia.
Kedua-dua negara dijangka melakarkan ikrar kerjasama lebih erat, menjelang lawatan bersejarah Presiden Rusia Vladimir Putin ke China, bulan hadapan.
Encik Wang dijadual menemui Setiausaha Majlis Keselamatan Rusia, Nikolai Patrushev bagi rundingan keselamatan tahunansemasa lawatan ke Rusia ini.
Awal dari itu, rundingan Encik Wang dengan rakan sejawatannya dari Rusia, Sergei Lavrov meliputi pelbagai isu termasuk hubungan di peringkat tertinggi.
Mosko juga mahu terus mendapatkan sokongan bagi perang di Ukraine.
Mosko mendakwa pihaknya dan China membincangkan betapa sia-sianya usaha untuk menghuraikan perang di Ukraine tanpa mengambil kira kepentingan dan penglibatan Rusia.
Encik Wang pula menekankan Beijing dan Mosko berkongsi komitmen kepada dunia berbilang pihak.
Pemimpin China itu menegaskan kerjasama dua hala bukan ditujukan ke mana-mana pihak dan tidak dipengaruhi oleh negara-negara lain.
Encik Lavrox pula berkata Rusia dn China akan menyelaraskan usaha semasa Sidang Perhimpunan Agung PBB dan forum PBB yang lain.
Encik Wang juga dijadual membuat persiapan bagi lawatan Presiden Putin ke Beijing bagi Forum Daya Usaha Laluan Sutera atas jemputan Presiden Xi.
Presiden Putin sebelum ini pernah menghadiri forum yang sama pada 2017 dan 2019.
Namun Presiden Puting belum meninggalkan Rusia sejak Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap ke atas pemimpin Rusia itu atas kesalahan melarikan ratusan kanak-kanak daripada Ukraine.
Pada 1 September lalu, Presiden Putin berkata beliau menjangkakan bakal menemui Presiden Xi tidak lama lagi tetapi tidak mengesahkan tentang lawatannya ke China bulan hadapan.
Waran tangkap ICC memerlukan 123 negara anggotanya agar menangkap Presiden Putin sekiranya beliau memasuki salah satu negara tersebut.
Bagaimanapun China bukan salah satu pihak yang menyertai ICC apabila ia diasaskan pada 2002.

Sumber : AFP/AA/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.