Menteri Luar China Wang Yi bakal ke SG, Malaysia dan Kemboja
Anggaran Waktu Membaca:
Menteri Luar China Wang Yi. (Gambar fail: AP)
BEIJING: Menteri Luar China Wang Yi akan melawat Singapura, Malaysia, dan Kemboja dari 10 hingga 13 Ogos, lapor Xinhua memetik jurucakap Kementerian Luar China Mao Ning pada Rabu (9 Ogos).
Menurut Encik Mao, lawatan Encik Wang, yang juga ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (CPC) itu adalah atas jemputan Menteri Ehwal Luar Singapura Dr Vivian Balakrishnan, Menteri Luar Malaysia Zambry Abdul Kadir dan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Luar dan Kerjasama Antarabangsa Kemboja Prak Sokhonn.
Encik Mao berkata hubungan China dengan Singapura, Malaysia dan Kemboja berjaya mengekalkan momentum pertumbuhan yang kukuh, manakala China dan Singapura sudah menjalin perkongsian berorientasikan masa depan bermutu tinggi secara menyeluruh.
China dan Malaysia pula sudah mencapai persefahaman bersama untuk membina masyarakat berkongsi nasib.
Manakala China dan Kemboja sedang berusaha untuk memulakan era baharu membina komuniti China-Kemboja yang bermutu tinggi, kata jurucakap itu.
Menurutnya, China berharap lawatan tersebut akan meningkatkan komunikasi strategik dengan tiga negara Asia Tenggara itu dan menawarkan ciri baharu dalam hubungan China-Singapura, untuk bertindak bagi mencapai kemajuan kukuh dalam membina komuniti berkongsi nasib dengan Malaysia dan Kemboja selain memperkukuh kerjasama BRI yang bermutu.
China bersedia untuk bekerjasama dengan tiga negara berkenaan dalam menjayakan Inisiatif Pembangunan Global, Inisiatif Keselamatan Global dan Inisiatif Tamadun Global, meningkatkan pemulihan ekonomi, menjaga keamanan dan ketenteraman.
Selain itu, beliau berkata China turut bersedia untuk memperkukuh pertukaran dan pembelajaran bersama serta memberi sumbangan lebih besar ke arah keamanan, kestabilan dan pembangunan wilayah.

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.