Skip to main content

Dunia

Menteri Luar China salahkan Washington atas ketegangan politik kedua negara

Menteri Luar China Wang Yi menyalahkan Washington  atas ketegangan diplomatik sekarang.

Anggaran Waktu Membaca:
Menteri Luar China salahkan Washington atas ketegangan politik kedua negara

(Gambar: Aly Song/Reuters)

Diterbitkan : 25 Jul 2020 07:04PM Dikemas Kini : 25 Jul 2020 07:05PM

CHINA: Menteri Luar China Wang Yi menyalahkan Washington atas ketegangan diplomatik sekarang.

Beliau menuduh Amerika cuba menggugat kemajuan pembangunan China dengan menggunakan apa cara yang mungkin.

Encik Wang melemparkan tuduhan tersebut selepas Beijing memerintahkan penutupan konsulat Amerika di Chengdu.

Para pegawai China mengatakan tindakan itu adalah "sah dan wajar" sebagai respons kepada keputusan Washington menutup misi diplomatik China di bandar Houston awal minggu ini.

Setiausaha Negara Amerika Mike Pompeo berkata keputusan itu diambil kerana China mencuri harta intelektualnya.

Amerika juga menggesa China supaya jangan mengambil tindakan balas.

Beijing bagaimanapun masih berharap dapat terus bekerjasama dengan Amerika. 

Sumber : Agensi berita/MM/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita