Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Menteri Luar Britain gesa gencatan senjata di Gaza dalam lawatan ke Timur Tengah

Anggaran Waktu Membaca:
Menteri Luar Britain gesa gencatan senjata di Gaza dalam lawatan ke Timur Tengah

(Gambar: AFP/Drew ANGERER)

Diterbitkan : 14 Jul 2024 09:33PM Dikemas Kini : 14 Jul 2024 09:34PM
LONDON: Menteri Luar baharu Britain David Lammy akan menggesa supaya gencatan senjata di Gaza dilaksanakan dan tebusan dibebaskan dalam lawatannya ke Israel serta wilayah Palestin yang diduduki pada Ahad (14 Jul), dedah pejabat Kementerian Luar negara itu.

Encik Lammy akan berjumpa Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan Presiden Palestin Mahmoud Abbas, di mana mereka akan cuba mencari "penyelesaian yang boleh dipercayai dan tidak boleh berubah untuk mencapai huraian dua negara," tambah kementerian tersebut dalam satu kenyataan.

Encik Lammy akan mengemukakan isu bantuan kemanusiaan sebanyak 680 tan dari Britain yang menunggu untuk masuk ke Gaza bersama Encik Netanyahu.

Parti Buruh Encik Lammy, yang dilantik dalam pilihan raya awal bulan ini, meskipun berdepan masalah di kawasan penduduk majoriti Muslim yang tidak berpuas hati dengan pendiriannya tentang Gaza, menyatakan bahawa keamanan dan keselamatan jangka panjang di Timur Tengah adalah tumpuan utama.

Parti tersebut komited untuk mengiktiraf Palestin sebagai sumbangan kepada proses keamanan baharu yang akan mencapai huraian dua negara.
 
Sumber : Reuters/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan