Menteri luar Belanda letak jawatan berkait Gaza
Menteri Luar Belanda, Caspar Veldkamp, yang merupakan sebahagian daripada pemerintah sementara, meletak jawatan daripada kabinet pada Jumaat (22 Ogos) lebih awal daripada jadual berhubung pendirian pemerintah mengenai perang Israel di Gaza, katanya kepada wartawan.
Menteri Luar Belanda Caspar Veldkamp di Pusat Peringatan di Potocari, Bosnia, pada 11 Julai 2025. (Gambar: AP/Darko Bandic)
Beliau berkata pemerintah tidak menyokong langkah-langkah tambahan terhadap Israel berhubung Gaza dan rancangan untuk Tebing Barat yang diduduki.
"Saya merasakan tentangan dalam kabinet untuk langkah-langkah tambahan," katanya, sambil menambah beliau akan menyerahkan peletakan jawatannya secara rasmi.
Pemerintah Belanda tumbang pada 3 Jun, dan pemerintah minoriti sementara dijangka kekal berkuasa sehingga pemerintah gabungan dibentuk selepas pilihan raya pada Oktober, yang mungkin mengambil masa berbulan-bulan.
Israel melancarkan serangan ketenteraan yang bertujuan untuk menawan kawalan Gaza City, memindahkan orang awam ke selatan, melemahkan Hamas dan mewujudkan tekanan bagi pembebasan tebusan.
BACA:
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.