Skip to main content

Dunia

Menteri Luar ASEAN adakan perbincangan jelang sidang puncak pemimpin esok

Anggaran Waktu Membaca:
Menteri Luar ASEAN adakan perbincangan jelang sidang puncak pemimpin esok

Gambar: WILLY KURNIAWAN / POOL / AFP

Diterbitkan : 04 Sep 2023 07:20PM
JAKARTA: Menteri-menteri luar ASEAN mengadakan beberapa mesyuarat di Jakarta pada Isnin (4 Sep) menjelang sidang puncak pemimpin pada Selasa.

Dalam ucapan pembukaannya, Menteri Luar Indonesia Retno Marsudi menekankan betapa blok serantau itu ada banyak usaha yang perlu dijalankan.

Anggota-anggota ASEAN menurut beliau perlu membuktikan bahawa blok tersebut masih penting dan boleh menyumbang kepada keamanan dan kemantapan serantau.

Ini termasuk dalam mengendalikan krisis Myanmar yang sudah berpanjangan.

"(Indonesia) selaku pengerusi sudah berusaha ke arah huraian ASEAN yang bersepadu. ASEAN hanya boleh bergerak maju sepenuhnya jika ia boleh memastikan huraian yang aman dan berkekelan di Myanmar," ujar Cik Retno Marsudi.

"Sebagaimana mandat para pemimpin, kami perlu menjalankan semakan menyeluruh Konsensus Lima Perkara, pelaksanaannya dan menyiapkan satu saranan untuk para pemimpin kami berbincang," tambahnya.

Para menteri ASEAN juga dijangka membincangkan bantahan Malaysia, Filipina dan Vietnam terhadap peta baharu yang diterbitkan China.
Menerusi peta itu, Beijing menuntut hak milik di kawasan-kawasan yang dipertikaikan di Laut China Selatan.

Pada hujung minggu lalu, Perdana Menteri China Li Qiang menuduh pihak asing cuba mencetuskan perbalahan antara anggota ASEAN.

Beliau akan menghadiri mesyuarat pemimpin pada Selasa.
Sumber : CNA/NY/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita