Menteri Luar Arab, Islam kecam pembukaan 'kedutaan' Somaliland di Baitulmakdis
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: AFP)
KAHERAH: Menteri luar dari 15 negara Arab dan Islam mengecam keras tindakan wilayah yang mengisytiharkan sendiri kemerdekaannya, “Somaliland”, membuka sebuah “kedutaan” di Baitulmakdis Timur yang diduduki, sambil menyifatkannya sebagai pencabulan terang-terangan undang-undang antarabangsa dan ketetapan antarabangsa berkaitan.
Menurut Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA), mereka menyifatkan langkah itu sebagai serangan langsung terhadap status perundangan dan sejarah bandar berkenaan.
Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan pada Ahad, para menteri menolak sepenuhnya sebarang langkah sepihak yang bertujuan mengukuhkan keadaan yang menyalahi undang-undang antarabangsa di Baitulmakdis yang diduduki. Mereka juga menolak sebarang usaha untuk memberi pengiktirafan kepada mana-mana entiti atau aturan yang bercanggah dengan undang-undang antarabangsa serta ketetapan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Mereka menegaskan bahawa Baitulmakdis Timur merupakan wilayah Palestin yang diduduki sejak 1967 dan semua langkah yang bertujuan mengubah status perundangan atau sejarahnya adalah terbatal dan tidak mempunyai sebarang kesan dari segi undang-undang.
Kenyataan itu turut menegaskan sokongan berterusan negara-negara terbabit terhadap hak rakyat Palestin serta menolak sebarang percubaan untuk menggugat status perundangan Baitulmakdis atau mengubah keadaan di lapangan di luar kerangka undang-undang antarabangsa.
Para menteri turut mengulangi sokongan penuh terhadap perpaduan, kedaulatan dan integriti wilayah Somalia serta menolak sebarang tindakan sepihak yang menjejaskan perpaduan wilayah atau kedaulatan negara itu.
Kenyataan itu dikeluarkan oleh para menteri luar Mesir, Arab Saudi, Qatar, Jordan, Turki, Pakistan, Indonesia, Djibouti, Somalia, Palestin, Oman, Sudan, Yaman, Lubnan dan Mauritania.

Sumber : Bernama/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.