Menteri Libya selamat daripada cubaan bunuh di Tripoli
Anggaran Waktu Membaca:

Tripoli, ibu kota Libya. (Gambar fail: Mahmud Turkia / AFP)
TRIPOLI, Libya: Menteri Negara bagi Hal Ehwal Kabinet Libya Adel Jumaa, selamat daripada percubaan membunuhnya pada Rabu (12 Feb) di ibu negara, Tripoli.
Menteri itu cedera dalam serangan selepas lelaki bersenjata yang tidak dikenali melepaskan tembakan ke arah kenderaannya di kawasan Gargour, Tripoli, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Encik Jumaa dimasukkan ke hospital dan keadaannya "tidak serius."
Pemerintah Perpaduan Nasional Libya mengutuk keras serangan itu dan menegaskan "tidak akan bertoleransi terhadap sebarang percubaan untuk mengancam keselamatan dan kestabilan negara."
Pemerintah mengesahkan bahawa menteri itu dalam keadaan ‘stabil’ dan pihak berkuasa melancarkan siasatan untuk mengesan pelaku.
Percubaan membunuh menteri itu berlaku ketika Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan pihak dalaman cuba membawa negara itu untuk mengadakan pilihan raya bagi menyelesaikan krisis antara dua pemerintah yang bersaing.
Satu ialah Pemerintah Perpaduan Nasional, yang diketuai oleh Abdul Hamid Dbeibeh dan berpusat di Tripoli, yang mentadbir bahagian barat negara itu dan diiktiraf oleh PBB.
Satu lagi ialah Dewan Perwakilan yang diwujudkan pada awal 2022, diketuai oleh Osama Hamad dan berpusat di Benghazi yang mentadbir bahagian timur negara itu dan sebahagian besar kawasan selatan.
Rakyat Libya berharap pilihan raya yang lama ditunggu-tunggu akan membawa kepada tamatnya konflik politik dan bersenjata dan mengakhiri tempoh peralihan yang berlaku selepas rejim Muammar Gaddafi digulingkan, yang memerintah Libya dari 1969 hingga 2011.

Sumber : Bernama/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.