Skip to main content

Dunia

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil gesa pengguna media sosial hormati privasi Dr Mahathir, keluarga

Pencipta kandungan, pempengaruh dan pengguna media sosial perlu mengutamakan adab, pertimbangan dan sifat kemanusiaan, ketika menghasilkan kandungan terutama berhubung situasi terkini mantan Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad.

Anggaran Waktu Membaca:
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil gesa pengguna media sosial hormati privasi Dr Mahathir, keluarga

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil meminta orang ramai menghormati privasi Mantan Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad dan ahli keluarganya. (Gambar: Instagram/Fahmi Fadzil)

Diterbitkan : 03 Oct 2026 07:22AM
Communications Minister Fahmi Fadzil urges social media users to respect the privacy of Dr Mahathir and his family
  • Communications Minister Fahmi Fadzil reminded content creators, influencers and social media users to observe proper conduct when discussing Dr Mahathir Mohamad’s condition.
  • He said public interest in developments related to the former Prime Minister’s health should not be used as a reason to chase news or content.
  • Fahmi also asked all parties to respect the privacy of Dr Mahathir and his family, after Mukhriz Mahathir appealed for space while they grieve.
  • Users were advised not to spread speculative, humiliating or insensitive AI-generated content, and instead to report it to the MCMC or the police.
Dijana oleh AI
KUALA LUMPUR: Pencipta kandungan, pempengaruh dan pengguna media sosial perlu mengutamakan adab, pertimbangan dan sifat kemanusiaan, ketika menghasilkan kandungan terutama berhubung situasi terkini mantan Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata walaupun ramai yang ingin mengetahui perkembangan dan keadaan kesihatan mantan Perdana Menteri itu, tidak semua perkara perlu dijadikan bahan berita atau kandungan media sosial.

“Kita faham ramai yang nak tahu perkembangan terkini termasuk keadaan kesihatan Tun Dr Mahathir. Tapi sebenarnya tak semua benda perlu dikejar, lebih-lebih lagi untuk buat berita atau 'content'.

“Teknologi boleh berubah, kita boleh berbeza pandangan tapi janganlah guna media sosial sampai kita hilang adab, moral dan sifat kemanusiaan,” kata beliau menerusi satu catatan video yang dimuat naik di platform X pada mlaam Jumaat (2 Okt).
Sehubungan dengan itu, Encik Fahmi menggesa semua pihak agar memberikan ruang serta masa kepada Dr Mahathir dan keluarga beliau, yang masih berduka atas pemergian Almarhum Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Beliau berkata anak mantan Perdana Menteri itu, Mukhriz Mahathir, sebelum ini membuat permintaan agar ruang dan privasi diberikan kepada ahli keluarganya yang sedang berduka.

Dalam pada itu, Encik Fahmi turut mengingatkan pengguna media sosial agar tidak menyebarkan sebarang kandungan spekulatif, kandungan berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang tidak sensitif atau sebarang kenyataan yang tidak sepatutnya.

“Dan kalau kita terjumpa kandungan yang mengaibkan, yang menggunakan AI yang tak sensitif atau sampai mendoakan benda-benda yang bukan-bukan, jangan 'share', jangan komen dekat 'post' tu, jangan bagi 'views'.

“Kalau nampak 'content' macam ini, terus lapor kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) atau polis,” kata beliau.
Sumber : Bernama/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita