Menteri Komunikasi & Digital M'sia nafi PKR keluar surat tawaran keahlian kepada Khairy Jamaluddin
Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PKR yang juga Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil pada Isnin (19 Jun) menafikan PKR mengeluarkan surat tawaran kepada bekas Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin untuk menyertai parti itu sebagai Timbalan Presiden.
Perkara itu dimaklumkan Encik Fahmi yang juga Menteri Komunikasi dan Digital menerusi ciapan di laman Twitter rasminya, pada malam Isnin.
“Surat palsu yang sedang berlegar dalam media sosial, harap maklum,” katanya sambil melampirkan gambar salinan gambar surat palsu berkenaan.
Surat palsu yang kononnya dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Agung PKR dan ditandatangani Saifuddin Nasution Ismail itu meminta Encik Khairy untuk memberi jawapan dalam tempoh tujuh hari dari tarikh surat berkenaan dikeluarkan.
Awal tahun ini, Khairy dipecat daripada UMNO atas sebab pelanggaran disiplin parti mengikut Perlembagaan UMNO dan juga kerana kesalahan sewaktu Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lepas.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.