Skip to main content

Dunia

Menteri Komunikasi & Digital M'sia nafi pegawainya disiasat SPRM

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA TERENGGANU: Menteri Komunikasi dan Digital Malaysia, Fahmi Fadzil, menafikan dakwaan bahawa seorang daripada pegawainya sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau berkata dakwaan itu adalah palsu dan fitnah yang jahat terhadap Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) termasuk dirinya sendiri.

“Semua pegawai saya setakat sekarang ini, masih berkhidmat seperti biasa dan tiada siapa pun yang dipanggil SPRM. Perkara ini telah kita sahkan,” katanya ketika ditemui para pemberita selepas menghadiri Sesi Townhall Menteri Bersama Warga KKD Terengganu di Auditorium RTM, pada Sabtu (13 Mei).

Encik Fahmi berkata beliau sudah meminta setiausaha politiknya untuk membuat aduan polis berkenaan dakwaan itu kerana ia merupakan tuduhan yang tidak berasas.

“Saya beri peringatan dan nasihat, kalau tidak pasti jangan kongsi. Sila semak sebelum sebar dan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) juga memantau dan sekiranya perlu ambil tindakan, maka tindakan akan diambil,” katanya.

Pada Jumaat (14 Mei), portal Edisi Siasat menerusi saluran Telegram, mendakwa Encik Fahmi dan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad telah memecat pegawai masing-masing kerana dipanggil SPRM untuk membantu siasatan rasuah.
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita