Menteri Komunikasi & Digital M'sia nafi arah 'naratif jahat' salahkan PAS atas isu Good Vibes Festival
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Facebook/Fahmi Fadzil, The 1975
KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Digital Malaysia, Fahmi Fadzil menyelar pihak tertentu menyebar poster mengandungi fitnah kononnya beliau mengarahkan tentera siber penyokong kerajaan mencipta naratif jahat untuk menyalahkan PAS dalam isu pembatalan Good Vibes Festival 2023 (GVF23).
Menerusi hantaran di media sosial, Encik Fahmi memaklumkan sudah mengarahkan pejabatnya supaya membuat laporan berhubung penyebaran poster itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) serta polis.
“Di hari kita semua bersedih kehilangan seorang rakan seperjuangan baik, ada yang masih sempat dan tak takut melakukan fitnah.
“Bagaimana pereka poster ini dengan tidak ada rasa takut akan undang-undang mahu pun akhirat, membuat fitnah secara terbuka seperti ini. Semoga Allah sentiasa melindungi kita daripada fitnah dan para pemfitnah ini.”
Poster itu antara lain mendakwa Encik Fahmi mengarahkan PAS ditonjolkan sebagai parti ekstrem, sebagai langkah terdesaknya meluluskan permit The 1975, kugiran British yang bertindak biadab dan tidak senonoh ketika membuat persembahan di GVF23, dipetik daripada agensi berita Free Malaysia Today.
Encik Fahmi berkata, permohonan permit The 1975 oleh penganjur GVF23 ditolak Jawatankuasa Permohonan Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) pada 23 Jun lalu susulan rekod buruk mereka.
Tetapi katanya, penganjur membuat rayuan dan jaminan bertulis pada 16 Julai lalu, termasuk daripada pengurus kumpulan itu untuk bertanggungjawab sepenuhnya atas persembahan The 1975 dan Puspal menerimanya berdasarkan jaminan berkenaan.
Namun, beliau berkata, The 1975 melakukan aksi sangat biadab ketika persembahan Jumaat lepas, antara lain vokalisnya, Matty Healy memegang botol arak di atas pentas, selain berkelakuan lucah serta membuat kenyataan menghina undang-undang negara berkaitan isu Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT), menurut Free Malaysia Today.
Encik Fahmi berkata, beliau segera mengutuk aksi biadab The 1975 di Twitter serta memanggil penganjur memberi penjelasan sehari kemudian dan mereka mengaku bersalah serta bertanggungjawab sepenuhnya, lapor Free Malaysia Today.
Katanya, arahan pembatalan GVF23 berbaki dua hari itu turut dikeluarkan pada 1 tengah hari Sabtu, kira-kira 14 jam selepas insiden biadab itu.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.