Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Menteri Kewangan Pakistan bakal letak jawatan

Anggaran Waktu Membaca:
 Menteri Kewangan Pakistan bakal letak jawatan

Gambar: AFP

Diterbitkan : 26 Sep 2022 08:11AM Dikemas Kini : 26 Sep 2022 08:12AM
ISLAMABAD: Menteri Kewangan Pakistan, Miftah Ismail berkata pada Ahad (25 Sep) bahawa beliau merancang untuk meletak jawatan secara rasmi, lapor Reuters ketika negara tersebut bergelut dengan krisis ekonomi yang diburukkan lagi dengan banjir dasyat.

"Saya sudah letak jawatansecara lisan," kata Encik Miftah di Twitter sambil menambah bahawa beliau sudah membayangkan rancangan beliau itu kepada Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif dalam satu mesyuarat.

"Saya akan menyampaikan surat peletakan jawatan rasmi apabila tiba di Pakistan," tambah beliau.

Encik Miftah dan PM Shehbaz masih berada di London dan dijangka pulang ke Pakistan awal minggu depan.

Encik Miftah merupakan Menteri Kewangan kelima yang digantikan dalam masa kurang empat tahun susulan ekonomi Pakistan yang terus bergolak manakala defisit akaun semasa negara itu semakin meningkat.

Kadar inflasi yang kian meningkat juga meletakkan tekanan kepada keluarga dan perniagaan.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan