Menteri Kewangan M'sia tegaskan pembatalan ECRL sepatutnya diumumkan atas arahan PM
Menteri Kewangan Malaysia Lim Guan Eng berkata, beliau terkejut dengan kenyataan yang dibuat oleh Menteri Ehwal Ekonomi negara itu mengenai pembatalan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Gambar fail Encik Lim Guan Eng. (Gambar: Mohd Rasfan/AFP)
KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan Malaysia Lim Guan Eng berkata, beliau terkejut dengan kenyataan yang dibuat oleh Menteri Ehwal Ekonomi negara itu mengenai pembatalan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).
Beliau berkata Menteri berkenaan Mohamed Azmin Ali tidak sepatutnya mendedahkan keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad yang dimuktamadkan dalam mesyuarat kabinet minggu lalu.
Menurut Encik Lim kenyataan sedemikian sepatutnya dikeluarkan atas arahan Perdana Menteri.
Awal dari itu Encik Mohamed Azmin berkata, Malaysia akan membatalkan projek bernilai AS$20 bilion (S$27 bilion) itu, dengan syarikat China Communications Construction, disebabkan kos projek yang terlalu tinggi.
Namun, menurutnya Malaysia masih mengalu-alukan segala bentuk pelaburan dari China tetapi ia akan diteliti terlebih dahulu selain mengikut kemampuan kewangan negara.
Pembinaan ECRL sepanjang 688 kilometer itu, jika dibina, akan menghubungkan Pelabuhan Klang di Selangor dengan Pengkalan Kubor di Kelantan dan akan dibangunkan dalam dua fasa.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.