Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Menteri Kewangan M'sia nasihat rakyat jangan terpedaya dengan 'janji manis' penipu

“Kalau ada yang selepas ini menyamar sebagai Menteri Kewangan, menjanjikan cinta, tolonglah tolak mentah-mentah. Hati saya dah berpunya dan saya tak berminat nak cari nombor 2. Pesanan ini juga khas untuk isteri saya.” - Menteri Kewangan M'sia Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz

Anggaran Waktu Membaca:
Menteri Kewangan M'sia nasihat rakyat jangan terpedaya dengan 'janji manis' penipu

Gambar fail Tengku Zafrul Abdul Aziz (Gambar: AP)

Diterbitkan : 14 Dec 2021 10:22PM Dikemas Kini : 14 Dec 2021 10:26PM

KUALA LUMPUR: Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz mengingatkan orang ramai agar mengambil sikap berhati-hati dengan tindakan segelintir pihak yang mendakwa sebagai ‘Menteri Kewangan’, menurut Menteri Kewangan itu.

Selain berhati-hati, orang ramai juga dinasihatkan supaya melakukan semakan dengan pihak berkuasa sekiranya menyedari ada perkara yang mencurigakan, lapor Astro AWANI.

“Saya minta semua di sana berhati-hati dengan pelbagai scam di luar sana. Semak dengan pihak berkuasa kalau ada perkara yang mencurigakan. Jangan mudah percaya dengan janji manis orang yang tidak dikenali, lapor Astro AWANI.

“Kalau ada yang selepas ini menyamar sebagai Menteri Kewangan, menjanjikan cinta, tolonglah tolak mentah-mentah. Hati saya dah berpunya dan saya tak berminat nak cari no 2. Pesanan ini juga khas untuk isteri saya,” tulis Tengku Zafrul dalam hantaran di Facebook beliau hari ini.

Hantaran Tengku Zafrul itu sebagai reaksi terhadap laporan berita mengenai seorang guru tadika di Pahang yang kerugian RM4,200 akibat terpedaya dengan panggilan palsu, menurut Astro AWANI.

Wanita kitu sanggup mengeluarkan 'modal' RM4,200 demi memenuhi hasratnya menjadi isteri seorang 'menteri' yang dikenali melalui laman sosial Facebook, awal bulan ini.

Mangsa berusia 59 tahun yang bekerja sebagai guru tadika itu juga dijanjikan hadiah wang tunai RM1 juta dan sebuah kereta mewah jenis Rolls-Royce sekiranya bersetuju untuk menjadi isteri lelaki itu. 

Sumber : Agensi berita/FA/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan