Skip to main content

Dunia

Menteri Kewangan M'sia kata tumpuan adalah pada pemulihan ekonomi, bukan politik

Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Zafrul Tengku Aziz, tekad untuk kekal sebagai seorang ahli teknokrat dan akan terus memastikan kehidupan dan mata pencarian rakyat negara itu dilindungi.

Anggaran Waktu Membaca:
Menteri Kewangan M'sia kata tumpuan adalah pada pemulihan ekonomi, bukan politik

(Gambar fail: Bernama)

Diterbitkan : 29 Nov 2020 04:55PM Dikemas Kini : 29 Nov 2020 04:56PM

KUALA LUMPUR: Beliau bukan seorang ahli politik dan tidak pernah cenderung ke arah itu, tokoh bank dan kini merupakan Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Zafrul Tengku Aziz, tekad untuk kekal sebagai seorang ahli teknokrat dan akan terus memastikan kehidupan dan mata pencarian rakyat negara itu dilindungi terutama dalam situasi penularan pandemik kesihatan pada masa ini.

"Saya tidak berminat untuk menyertai mana-mana parti politik pun dan sebagaimana yang anda tahu, pada masa ini saya bukan ahli mana-mana pihak,” kata beliau ketika ditanya sekiranya beliau berminat untuk menyertai politik dan seterusnya menjadi wakil rakyat.

Ada banyak lagi tugas yang perlu dilakukan untuk merancakkan ekonomi dan itulah fokus utama sekarang, kata beliau.

"Saya ingin memberi tumpuan bagaimana saya boleh membantu Malaysia memerangi COVID-19 dan meningkatkan kedudukan ekonomi kita. Jadi, fokus saya sekarang ialah terhadap ekonomi,” kata Tengku Zafrul kepada Bernama.

"Oleh itu, buat masa ini, saya tidak berminat untuk menyertai mana-mana parti politik," kata beliau yang percaya akan kemampuannya dalam membangunkan ekonomi negara yang terjejas oleh pandemik kesihatan tanpa perlu berpolitik.

Ekonomi Malaysia menunjukkan tanda-tanda pemulihan dengan penguncupan -2.7 peratus pada suku ketiga 2020 berbanding -17.1 peratus pada suku kedua, mengambil kira tempoh tujuh minggu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac yang dikuatkuasa bagi membendung penularan COVID-19.

Tengku Zafrul mengangkat sumpah sebagai senator pada 10 Mac, 2020 berikutan pelantikannya sebagai Menteri Kewangan.

Kerajaan melonggarkan sekatan PKP pada 4 Mei dan perniagaan dibenarkan menyambung operasi mengikut sektor dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat.

Berikutan itu, kadar pengangguran merosot kepada 4.6 peratus pada September daripada 5.3 peratus pada Mei tahun ini. 

Sumber : Bernama/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita