Menteri Kewangan Kanada letak jawatan selepas berlainan pendapat dengan PM Trudeau berhubung cukai Trump
Anggaran Waktu Membaca:
Menteri Kewangan Kanada Chrystia Freeland. (Gambar: The Canadian Press/AP)
OTTAWA: Menteri Kewangan Kanada Chrystia Freeland meletak jawatan pada Isnin (16 Dis) selepas berlainan pendapat dengan Perdana Menteri Justin Trudeau mengenai isu-isu termasuk cara mengendalikan tarif Amerika, yang sekali gus merupakan satu tamparan hebat terhadap pemerintah yang semakin tidak popular.
Dalam surat peletakan jawatan beliau, Cik Freeland menolak desakan PM Trudeau untuk meningkatkan perbelanjaan yang disifatkan oleh Cik Freeland sebagai satu gimik politik yang boleh menjejaskan keupayaan Ottawa untuk menangani tarif import 25 peratus yang dijangka akan dikenakan ke atas Kanada oleh bakal Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.
Peletakan jawatan Cik Freeland, 56 tahun, yang turut berkhidmat sebagai timbalan perdana menteri, adalah salah krisis terbesar yang dihadapi oleh PM Trudeau sejak mengambil alih tampuk kepimpinan negara itu pada November 2015.
Ia juga menyebabkan PM Trudeau kehilangan sekutu penting, dengan beliau dijangka akan kalah kepada Parti Konservatif dalam pilihan raya akan datang.
Menteri Keselamatan Awam Dominic LeBlanc dinamakan sebagai pengganti Cik Freeland.
Cik Freeland meletak jawatan beberapa jam sebelum beliau dijadual membentangkan kemas kini ekonomi musim luruh kepada Parlimen.
Dokumen itu menunjukkan pemerintah pimpinan Parti Liberal telah mengalami defisit Belanjawan 2023/24 sebanyak C$61.9 bilion (S$59 bilion), jauh lebih tinggi daripada yang diramalkan.
PM Trudeau juga semakin tertekan untuk mendapatkan sokongan daripada New Democrats, parti pembangkang lebih kecil yang pada awal tahun ini menarik sokongan tanpa syarat terhadap PM Trudeau tetapi terus menyokong perdana menteri itu bagi sesetengah undang-undang melalui parlimen.
"Saya menyeru Justin Trudeau untuk meletak jawatan. Beliau perlu mengundurkan diri," kata pemimpin parti tersebut Jagmeet Singh kepada para wartawan, kali pertama beliau tanpa ragu meminta PM Trudeau untuk meletak jawatan.

Sumber : Reuters/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.