Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Menteri Kewangan bertegas dakwaan ekonomi M'sia gagal tidak berasas

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Dakwaan ekonomi negara gagal adalah tidak berasas, tegas Menteri Kewangan Malaysia Zafrul Abdul Aziz.

Beliau berkata sejak pandemik COVID-19 melanda negara, Malaysia berjaya mengharungi pelbagai cabaran terutamanya dari segi memastikan pemulihan ekonomi, kesejahteraan hidup rakyat serta kelangsungan perniagaan, lapor BH Online.

Namun, kata beliau, faktor seperti ketegangan geopolitik antara Amerika Syarikat (AS) dengan China, peperangan yang berlarutan di Ukraine dan fenomena perubahan iklim sudah mengganggu rantaian bekalan yang meningkatkan harga komoditi dan makanan, lantas menyebabkan tekanan kepada kadar inflasi serta keselamatan makanan di pelbagai negara di dunia, termasuk Malaysia.

"Walaupun pelbagai aspek luaran sangat mencabar sejak awal 2022, dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan berjaya membantu ekonomi Malaysia pulih, terutamanya sektor yang terjejas teruk semasa pandemik COVID-19 seperti pelancongan, peruncitan dan penerbangan.

"Pelbagai indikator ekonomi Malaysia menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan termasuk pemulihan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) yang positif sebanyak 3.6 peratus bagi suku keempat 2021, 5.0 peratus pada suku pertama 2022 dan 8.9 peratus bagi suku kedua 2022," katanya semasa sidang media di Persidangan Pembangunan dan Pembiayaan Perumahan Hijau Asia anjuran Cagamas Bhd.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan