Menteri Kesihatan Malaysia gesa siasatan terperinci ke atas kematian doktor pakar di Sabah
Anggaran Waktu Membaca:
Menteri Kesihatan Malaysia Dr Dzulkefly Ahmad. (Gambar: Bernama)
New: You can now listen to articles.
This audio is generated by an AI tool.
KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad menggesa siasatan terperinci dijalankan berhubung kematian seorang doktor pakar dari Hospital Lahad Datu, Sabah, bulan lalu yang didakwa akibat dibuli di tempat kerja.
Menurutnya, beliau sama sekali tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang perbuatan buli di tempat kerja sejak kali pertama memegang jawatan Menteri Kesihatan pada 2018.
“Saya mempunyai toleransi sifar terhadap buli sejak 2018 dan akan kekal berpegang teguh pada dasar ini (dengan beberapa kes dalam perhatian),” katanya menerusi catatan di aplikasi X pada Isnin (16 Sep).
"Semua petugas Kementerian Kesihatan (KKM) berhak mendapat persekitaran kerja yang selamat dan adil,” katanya.
Dilaporkan bahawa seorang pakar di hospital tersebut ditemui mati di kediamannya di Lahad Datu pada 29 Ogos lalu dan kematiannya dipercayai mempunyai kaitan dengan insiden buli di tempat kerja.
Sementara itu, Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) juga menggesa agar siasatan penuh dilakukan berhubung insiden tersebut.
Dalam satu kenyataan, Presidennya Dr Kalwinder Singh Khaira menyatakan rasa sedih yang mendalam atas pemergian doktor tersebut dan mengucapkan takziah kepada keluarga, rakan-rakan, dan rakan sekerjanya.
"Kehilangan tragis ini menimbulkan kebimbangan serius mengenai kesihatan mental dan kesejahteraan para doktor dalam sistem penjagaan kesihatan awam. Kami dengan tegas menggesa KKM dan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKN) untuk mempercepatkan siasatan yang menyeluruh.
"Kami juga dengan hormat meminta orang awam untuk tidak membuat spekulasi dan memberikan ruang bagi membolehkan proses yang sewajarnya dijalankan," katanya.
MMA menekankan bahawa komuniti perubatan sedang memantau situasi itu dengan teliti dan menggesa agar pihak berkuasa memberikan respons yang cepat dan telus.
Dr Kalwinder mengulangi komitmen MMA untuk meningkatkan kesihatan mental, kebajikan dan keadaan kerja melibatkan semua profesional kesihatan bagi memastikan sokongan persekitaran kerja yang selamat.

Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.