Menteri Kesihatan Jerman gesa doktor klinik swasta guna Paxlovid rawat COVID-19
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar fail.
FRANKFURT: Menteri Kesihatan Jerman mengatakan pada Ahad (3 Jul) bahawa beliau akan menggesa para doktor klinik swasta supaya lebih menggunakan ubat oral Paxlovid untuk merawat jangkitan COVID-19.
Ini bagi mengurangkan kes-kes teruk penyakit tersebut.
Pil tersebut yang diluluskan oleh Eropah secara bersyarat pada Januari diberikan kepada para pesakit COVID-19 yang berisiko tinggi mengalami penyakit yang lebih memudaratkan.
Dalam hantaran Twitter beliau pada Ahad (3 Jul), Karl Lauterbach mengatakan bahawa hasil ujian mendapati rawatan oral itu berupaya mengurangkan risiko warga tua dimasukkan ke hospital sebanyak 90 peratus jika ia digunakan sebaik saja pesakit dijangkiti virus tersebut.

Pfizer menyatakan pada Khamis (30 Jun) bahawa ia masih sedang mendapatkan kelulusan penuh Amerika Syarikat (AS) bagi rawatan Paxlovid. Buat masa ini, Paxlovid digunakan bagi kes-kes darurat.
Jumlah kematian dan khidmat rawatan rapi selepas terjangkit COVID-19 kembali meningkat di Jerman sejak hujung bulan Jun.
Ia disebabkan oleh jujukan varian Omicron yang lebih mudah berjangkit selepas jumlah kes jangkitan merosot secara berterusan selama kira-kira tiga bulan.
Ubat itu bagaimanapun tidak didapati meredakan gejala dalam kalangan orang dewasa yang lebih muda.
Canselor Jerman Olaf Scholz, anggota SPD seperti Encik Lauterbach pada Ahad (3 Jul) mengatakan bahawa sekolah dan perniagaan yang tidak penting tidak akan ditutup lagi jika kadar jangkitan meningkat dengan mendadak tahun ini tetapi pemakaian pelitup akan memainkan peranan yang lebih besar.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.