Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Menteri kabinet M'sia setuju potong gaji 20% sebulan

Anggaran Waktu Membaca:
PUTRAJAYA: Jemaah Menteri Malaysia pada Isnin (5 Dis) bersetuju untuk melaksanakan pemotongan gaji masing-masing sebanyak 20 peratus setiap bulan, kata Perdana Menteri negara itu, Anwar Ibrahim.

Beliau berkata keputusan itu dilaksanakan atas semangat keprihatinan anggota Kabinet terhadap permasalahan yang dihadapi rakyat ketika ini.

Encik Anwar berkata pemotongan gaji itu akan dilaksanakan kerajaan sehingga ekonomi negara kembali pulih.

“Kalau ekonomi pulih (dalam tempoh) tiga tahun, kita kaji semula lah… potong gaji ini memang tidak wajar, tetapi saya berterima kasih ke atas kesediaan mereka (Jemaah Menteri) melakukan sedikit pengorbanan."

“Ada orang kata Anwar patutlah dia tak ambil gaji Perdana Menteri kerana dia ambil gaji Menteri Kewangan, tak betul… gaji ini satu sahaja,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas pertama Kabinet Kerajaan Perpaduan pada Isnin.
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan