Menteri Israel kecam Datuk Bandar Muslim New York 'penyokong Hamas'
Anggaran Waktu Membaca:
BAITULMAKDIS: Menteri ehwal diaspora Israel pada Rabu (5 Nov) mengecam datuk bandar dipilih berhaluan kiri New York, Zohran Mamdani sebagai "penyokong Hamas" dan menyeru penduduk Yahudi di bandar itu supaya berpindah ke Israel menyusuli kemenangannya.
"Bandar yang pernah menjadi simbol kebebasan global telah menyerahkan kuncinya kepada penyokong Hamas," menurut Menteri Ehwal Diaspora berhaluan kanan, Amichai Chikli, di laman media sosial X.
Beliau meneruskan dengan mengatakan bahawa pandangan Encik Mamdani "tidak jauh dari pandangan fanatik jihad yang, 25 tahun yang lalu, membunuh 3,000 rakyatnya sendiri," kata beliau, sambil merujuk kepada serangan Al-Qaeda pada 11 September 2001 di New York dan Washington.
Encik Mamdani, 34 tahun, yang berikrar untuk menjadikan New York lebih dimampui, akan menjadi datuk bandar Muslim pertama di bandar itu apabila beliau menyandang jawatan itu pada bulan Januari.
Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, beliau menegaskan untuk mengecam sentimen anti-Yahudi dengan lantang, serta Islamofobia yang dialaminya.
Encik Mamdani menyokong perjuangan Palestin.
Pendirian beliau terhadap Israel - yang beliau panggil sebagai "rejim aparteid" sambil melabelkan perang di Gaza sebagai "genosid" - menimbulkan kemarahan sesetengah pihak dalam masyarakat Yahudi.
"Saya mempelawa penduduk Yahudi New York untuk menimbangkan dengan serius untuk membina rumah baharu mereka di Israel."
Kemenangan pilihan raya Encik Mamdani berlaku di tengah-tengah serangan sengit daripada peniaga elit, pengulas media konservatif dan Presiden Amerika Donald Trump terhadap dasar dan warisan Muslimnya.
Encik Trump campur tangan pada saat-saat akhir semasa pilihan raya pada Selasa, sambil mendakwa Encik Mamdani sebagai "pembenci Yahudi" di platform media sosialnya.

Sumber : AFP/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.