Menteri Indonesia usul perketat kawalan ke atas sektor pelancongan Bali
Anggaran Waktu Membaca:

Orang berehat di pantai Seminyak berdekatan Denpasar, Bali pada 5 Januari 2021. (Gambar: Sonny Tumbelaka/AFP)
JAKARTA: Menteri Penyelaras Ehwal Maritim dan Pelaburan Indonesia Luhut Binsa Panjaitan sedang berusaha untuk meningkatkan kawalan ke atas sektor pelancongan di Bali bagi menyesuaikan semula pembangunan pelancongan pulau itu daripada pelancongan massa kepada pelancongan bermutu.
Sewaktu mesyuarat penyelarasan berhubung sektor pelancongan Bali, Encik Luhut mencadangkan untuk mempertingkatkan kawalan ke atas sektor pelancongan Bali. Ini disarankan beliau dilakukan menerusi penguatkuasaan yang ketat terhadap sebarang tindakan melanggar undang-undang, cukai kemasukan pelancongan dan pemilihan kemasukan pelancong dari negara-negara di mana warganegaranya dianggap mengganggu ketenteraman awam di Bali.
"Sementara itu, kami akan memberi tumpuan kepada mengambil tindakan terhadap mereka yang melanggar ketenteraman awam di Bali. Saya juga meminta agar merealisasikan pelaksanaan cukai ke atas pelancong yang memasuki Indonesia," kata Encik Luhut menerusi hantaran di akaun rasmi Instagramnya pada Isnin (3 Apr).
Insentif-insentif itu, kata beliau, berguna bagi membiayai penggalakan pelancongan dan destinasi-destinasi di Indonesia. Ia juga selaras dengan dasar-dasar di sesetengah negara yang mempunyai industri pelancongan yang kukuh, ujar Encik Luhut, seperti dipetik agensi berita Indonesia, Antara.
Beliau turut melahirkan keprihatinan berhubung laporan mengenai pelancong asing yang tidak menghormati undang-undang dan polis tempatan, seperti yang dilihat dalam sebuah video yang tular di mana pelancong asing bergaduh dengan polis setempat setelah disaman kerana melanggar undang-undang trafik.
"Setelah menonton video itu, saya memberitahu para pegawai sewaktu mesyuarat penyelarasan pelancongan Bali hari ini bahawa kami tidak boleh membenarkan sesiapapun untuk memandang rendah negara kami. Kami tidak harus mengambil sikap tidak acuh terhadap warga asing yang melanggar undang-undang, apatah lagi menghina institusi nasional kami," tegas Encik Luhut.
Beliau menarik perhatian, Bali, sebagai salah satu destinasi pelancongan yang paling berpatutan di dunia, sudah menarik ramai pelancong berpendapatan rendah dan segelintir daripada mereka akhirnya melanggar undang-undang tempatan.
Encik Luhut berharap usaha yang dilakukan untuk mempertingkatkan kawalan ke atas sektor pelancongan Bali akan berjaya mengukuhkan imej pelancongan Indonesia dan mencegah sebarang tindakan yang memperkecil-kecilkan negara itu.
"Jika pelancong asing ingin menikmati keindahan semula jadi Indonesia, mereka harus pertama sekali memahami dan menegakkan budaya serta nilai-nilai tradisional di samping undang-undang yang sedia ada di negara ini," kata Encik Luhut.

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.