Menteri Indonesia tolak saranan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi ASEAN

Gambar: Sumber Web
JAKARTA: Menteri Indonesia menolak cadangan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob yang mahu mengangkat bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi kedua ASEAN.
Menteri Pendidikan, Kebudayaan, Riset dan Teknologi Indonesia Nadiem Makarim berkata beliau memaklumkan perkara tersebut kepada Encik Ismail Sabri ketika kunjungan Perdana Menteri Malaysia itu ke Indonesia baru-baru ini, lapor MalaysiaKini menukil rencana daripada portal Kompas.
“Saya sebagai menteri pendidikan dan kebudayaan tentu menolak usulan tersebut. Namun kerana ada keinginan negara sahabat kita mengajukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi ASEAN, tentu keinginan tersebut perlu dikaji dan dibahas lebih lanjut," kata Encik Nadiem dalam kenyataan, seperti dipetik MalaysiaKini daripada laman tersebut.
Encik Nadiem berkata masyarakat Indonesia tentunya mahukan pemerintah negara itu terus menguatkan dan mempertahankan bahasa Indonesia.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.