Menteri Indonesia tegaskan tuala wanita bukan barangan mewah di tengah debat cukai nilai tambah
Menteri Pemberdayaan Perempuan dan Perlindungan Anak, Arifah Fauzi. (Gambar: Kementerian Pemberdayaan Perempuan dan Perlindungan Anak/Facebook)
- Indonesia’s Minister of Women’s Empowerment and Child Protection, Arifah Fauzi, stressed that sanitary pads are basic needs for health, hygiene and comfort, not luxury goods, and should be available during disasters.
- The debate over value-added tax prompted the Directorate General of Taxes to explain that the effective rate for non-luxury goods is 11 per cent, based on a 12 per cent rate calculated on 11/12 of the selling price.
- The National Commission on Violence Against Women (Komnas Perempuan) and its vice-chairperson, Dahlia Madanih, warned that the tax could burden low-income women and worsen period poverty, including shortages of products, sanitation, clean water and health information.
- Arifah urged relevant parties to ensure that safe and suitable menstrual products are sold at affordable prices, particularly to vulnerable groups, in the interests of a more equal and dignified life for women.
- Menteri PPPA Indonesia Arifah Fauzi menegaskan tuala wanita ialah keperluan asas untuk kesihatan, kebersihan dan keselesaan, bukan barangan mewah, serta perlu tersedia ketika bencana.
- Perdebatan PPN mendorong Direktorat Jenderal Pajak menjelaskan kadar efektif 11 peratus bagi barangan bukan mewah, berdasarkan kadar 12 peratus yang dikira ke atas 11/12 harga jualan.
- Komnas Perempuan dan naib pengerusinya, Dahlia Madanih, memberi amaran bahawa cukai boleh membebankan wanita berpendapatan rendah dan memburukkan kemiskinan haid, termasuk kekurangan produk, sanitasi, air bersih serta maklumat kesihatan.
- Arifah menggesa pihak berkaitan memastikan produk haid selamat dan sesuai dijual pada harga berpatutan, khususnya kepada golongan rentan, demi kehidupan wanita yang lebih setara dan bermaruah.
Menurut Cik Arifah, tuala wanita merupakan keperluan asas biologi bagi wanita ketika haid dan berkait rapat dengan aspek kesihatan, kebersihan serta keselesaan.
Beliau berkata setiap wanita berhak mendapat akses kepada produk haid yang selamat dan sesuai, termasuk ketika berdepan keadaan darurat atau bencana.
Dalam situasi bencana, produk seperti tuala wanita juga perlu disediakan sebagai sebahagian daripada kit keperluan asas untuk wanita.
Cik Arifah turut menggesa pelbagai pihak agar memastikan produk sanitasi haid tersedia pada harga berpatutan, khususnya bagi golongan sosioekonomi yang lebih rentan, lapor detikNews.
Isu itu mendapat perhatian selepas timbul perbincangan mengenai pengenaan PPN terhadap tuala wanita di Indonesia.
Direktorat Jenderal Pajak (DJP) menjelaskan bahawa tuala wanita yang diperdagangkan di Indonesia merupakan barangan yang dikenakan PPN selagi memenuhi peruntukan percukaian berkuat kuasa.
Bagi barangan bukan mewah, kadar PPN ditetapkan pada 12 peratus dengan asas pengiraan cukai sebanyak 11/12 daripada harga jualan, menjadikan kadar PPN bersamaan 11 peratus.
Suruhanjaya Nasional Anti Kekerasan terhadap Perempuan (Komnas Perempuan) pula berpandangan bahawa cukai terhadap produk haid boleh menambah beban kewangan wanita, terutama mereka yang berpendapatan rendah.
Naib Pengerusinya Dahlia Madanih berkata produk haid bukan barangan mewah, sebaliknya keperluan asas yang perlu digunakan secara berkala.
Komnas Perempuan turut mengetengahkan isu “kemiskinan haid” atau 'period poverty', iaitu keadaan apabila wanita menghadapi kesukaran mendapatkan produk haid, kemudahan sanitasi, air bersih dan maklumat kesihatan akibat kekangan ekonomi atau sosial.
Menurut Cik Arifah, memastikan keperluan asas wanita dipenuhi merupakan sebahagian daripada usaha mewujudkan kehidupan yang lebih setara dan bermaruah.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.