Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Menteri Indonesia sokong gagasan kakitangan awam bekerja dari rumah selepas Aidilfitri

Anggaran Waktu Membaca:
Menteri Indonesia sokong gagasan kakitangan awam bekerja dari rumah selepas Aidilfitri

Gambar: Sumber web

Diterbitkan : 08 May 2022 10:23PM Dikemas Kini : 08 May 2022 10:25PM

JAKARTA: Menteri Pembaharuan Pentadbiran dan Birokrasi Indonesia, Tjahjo Kumolo, menyokong saranan Ketua Polis Negara, Jeneral Listyo Sigit agar semua kakitangan awam negara itu bekerja dari rumah (WFH) di agensi masing-masing selepas Aidilfitri.

Saranan itu bertujuan mengurangkan kesesakan lalu lintas susulan kepulangan warga kota selepas sambut Aidilfitri di kampung halaman, lapor agensi berita ANTARA.

Dalam satu kenyataan bertulis pada Jumaat (6 Mei), Encik Prabowo menasihatkan semua institusi pemerintah agar melaksanakan dasar WFH untuk semua kakitangan selama seminggu bermula pada Isnin, 9 Mei.

"Saya bersetuju dengan pendapat Ketua Polis Negara, Jeneral Listyo Sigit Prabowo, supaya agensi pemerintah melaksanakan dasar WFH,"ujarnya.

"Semua Penguasa Pembangunan Kakitangan Awam diharapkan dapat mengatur jadual dengan teliti supaya perkhidmatan kepada masyarakat terus berjalan seperti biasa," tambah beliau.

Encik Tjahjo menegaskan, WFH tidak akan mengganggu perkhidmatan, urusan pentadbiran dan perkhidmatan pemerintah yang lain.

Ini kerana pemerintah sudah melaksanakan Sistem Pemerintah Berasaskan Elektronik (SPBE) yang membolehkan penjawat awam negeri bekerja mengikut aturan fleksibel menggunakan teknologi komunikasi maklumat (ICT) masa kini.

Lagi pun, menurutnya pelaksanaan WFH selepas Aidilfitri boleh dianggap sebagai satu kaedah pengasingan kendiri selepas kakitangan awam dan keluarga pulang dari kampung halaman.

Sekitar 85 juta orang melakukan mudik ke kampung, termasuk 14 juta dari kawasan metropolitan Jakarta, dengan 23 juta kereta persendirian dan 17 juta motosikal meninggalkan ibu kota.

Indonesia adalah negara kedua paling terjejas COVID-19 di Asia tenggara selepas Vietnam.

Sumber : Agensi berita/SU/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan