Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Menteri Indonesia gesa siasat dakwaan kebocoran Mahkamah Perlembagaan berkait pilihan raya parlimen

Anggaran Waktu Membaca:
JAKARTA: Menteri Penyelaras Politik, Undang-Undang dan Keselamatan Indonesia, Mohammad Mahfud Mahmodin, menggesa polis supaya menyiasat kemungkinan berlaku kebocoran melibatkan keputusan Mahkamah Perlembagaan yang mungkin mengubah cara negara itu menjalankan pilihan raya parlimennya.

Encik Mahfud berkata demikian sebagai menjawab dakwaan oleh mantan Timbalan Menteri Undang-Undang, Encik Denny Indrayana, yang pada Ahad (28 Mei) berkata bahawa mahkamah didakwa menolak sistem "senarai terbuka perwakilan berkadar" bagi pilihan raya parlimen Indonesia.

Sistem tersebut membenarkan warga Indonesia mengundi individu tertentu secara langsung. Ia dilaksanakan pada 2009, dan mengambil alih "sistem berkadar tertutup" yang dikutuk kerana pengundi hanya boleh mengundi parti politik ketika pilihan raya.

"Pada awal pagi ini saya menerima maklumat penting. MK akan memutuskan bahawa pilihan raya perundangan dikembalikan kepada sistem berkadar tertutup, kembali kepada memilih logo parti (di kertas undi)," kata Encik Indrayana dalam kenyataan merujuk kepada Mahkamah Perlembagaan dengan menggunakan gelarannya dalam bahasa Indonesia.

Mantan Timbalan Menteri itu mendakwa bahawa maklumat tersebut berasal daripada "seseorang yang saya sangat percayai kewibawaannya." Beliau menambah bahawa hanya tiga daripada sembilan hakim Mahkamah Perlembagaan didakwa bersetuju untuk mengekalkan sistem yang lebih tulus itu.

Mahkamah Perlembagaan sudah mendengar kes tersebut selama enam bulan sejak November selepas enam individu dipersoal tentang perlembagaan sistem yang sedia ada dan menggesa Mahkamah Perlembagaan supaya mengembalikan sistem lama.

Jurucakap Mahkamah Perlembagaan Fajar Laksono berkata bahawa para hakim belum memulakan pertimbangan bagi keputusan muktamad mereka terhadap kes itu.

Beliau menambah bahawa mereka akan membuat keputusan pada 31 Mei selepas plaintif dan pemerintah menyerahkan hujah penutup mereka.

Menurut Encik Laksono, Mahkamah Perlembagaan masih sedang memikirkan sama ada untuk mengambil tindakan terhadap Encik Denny.

Sementara itu, Menteri Penyelaras Encik Mahfud berkata bahawa polis harus menyiasat dakwaan Encik Denny.

Ketua Polis Negara Listyo Sigit Prabowo berkata bahawa pihaknya akan mengambil tindakan susulan terhadap arahan Encik Mahfud.

Rakyat Indonesia dijadual mengambil bahagian dalam pilihan raya pada 14 Februari tahun depan.

Mereka akan sekaligus memilih Presiden, anggota parlimen dan beberapa pemimpin serantau.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan