Menteri India minum air sungai untuk buktikan ia bersih; dimasukkan ke hospital
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Twitter/Government of Punjab
NEW DELHI: Dua hari selepas beliau meminum segelas air langsung daripada Kali Bein, iaitu sungai suci di Sultanpur Lodhi, Ketua Menteri Punjab, Bhagwant Mann dimasukkan ke Hospital Indraprastha Apollo di New Delhi akibat sakit perut pada Selasa (19 Jul).
Sumber menyatakan bahawa beliau sudah menjalani ujian perubatan dan dirawat di hospital berkenaan.
Sumber juga menyatakan bahawa beliau mengadu sakit perut yang teruk dan diterbangkan ke sebuah hospital di Delhi dari kediaman rasmi beliau di Chandigarh pada Selasa malam (19 Jul).
Sakit yang dialami beliau itu dirahsiakan dengan ketat oleh pemerintah kerana beliau dikejarkan ke Ibu Kota tanpa diiringi seluruh kakitangan keselamatannya.
Pejabat Ketua Menteri bagaimanapun tidak mengesahkan kemasukan Ketua Menteri itu ke hospital. Seorang pegawai mengatakan bahawa beliau sihat walafiat. Beliau juga ada beberapa mesyuarat yang dijadualkan pada Khamis (21 Jul).
Sumber bagaimanapun tidak mendedahkan sama ada sakit yang dialami beliau itu akibat meminum air secara langsung daripada sungai suci itu.
Pada Ahad (17 Jul), Ketua Menteri itu sudah melawat Sultanpur Lodhi untuk meraikan ulang tahun ke-22 pembersihan Kali Bein.
Pemerintah sudah mengeluarkan gambar Encik Bhagwant Mann meminum segelas air daripada sungai suci itu.
Kenyataan pihak pemerintah menyatakan bahawa Ketua Menteri itu sudah menanam anak pokok di tebing Kali Bein dan juga meminum air dari sungai tersebut.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.