Menteri Hal Ehwal Agama Tunisia dipecat selepas kematian puluhan jemaah haji
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar fail: FADEL SENNA / AFP)
TUNISIA: Presiden Tunisia Kais Saied pada Jumaat (21 Jun) memecat Menteri Hal Ehwal Agama Ibrahim Chaibi selepas puluhan jemaah haji Tunisia meninggal dunia ketika menunaikan ibadah haji di Arab Saudi, lapor Agensi Anadolu.
Tiada sebarang penjelasan dinyatakan di sebalik pemecatan menteri itu tetapi ia bertepatan dengan kematian sekurang-kurangnya 49 jemaah haji Tunisia di Arab Saudi.
Encik Chaibi sebelum ini berkata pada Jumaat bahawa kebanyakan kematian membabitkan jemaah haji yang menggunakan visa pelancong dan bukannya melalui program haji Saudi.
Beliau dikritik oleh aktivis media sosial Tunisia yang menuduhnya memuat naik gambarnya ketika menunaikan ibadah Haji pada masa yang sama laporan kematian jemaah haji Tunisia diterima.

Sumber : Bernama/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.