Menteri G7 ikrar perluas pengeluaran vaksin COVID-19
Para menteri ehwal luar G7 berikrar pada Rabu (5 Mei) untuk bekerjasama dengan industri bagi mengembangkan pengeluaran vaksin-vaksin COVID-19 yang dimampui. Namun, mereka tidak pula meminta pengecualian ke atas hak cipta intelek firma-firma farmasi.
LONDON: Para menteri ehwal luar G7 berikrar pada Rabu (5 Mei) untuk bekerjasama dengan industri bagi mengembangkan pengeluaran vaksin-vaksin COVID-19 yang dimampui. Namun, mereka tidak pula meminta pengecualian ke atas hak cipta intelek firma-firma farmasi.
"Kami komited untuk bekerjasama dengan industri bagi membantu memperluaskan hasil pengeluaran vaksin-vaksin COVID-19 yang dimampui, ubat-ubatan, diagnostik dan bahagian komponennya," kata menteri-menteri ehwal luar G7 dalam satu kenyataan bersama selepas mengadakan mesyuarat di London.
Para menteri itu menambah kerja-kerja akan termasuk "merangsang kerjasama antara syarikat dan menggalak pelesenan secara sukarela serta memeterai perjanjian pemindahan teknologi berdasarkan syarat-syarat yang dipersetujui bersama."
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.